Seperti yang kita sedia-maklum.Seni pengukiran memerlukan tahap kemahiran dan ketelitian yang tinggi didalam menghasilkan sesuatu ukiran yang bermutu.Kehalusan ukiran sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi.
Seni pengukiran buahan & sayuran juga tidak terkecuali.Mungkin sesetengah induvidu memandang hal ini amat rumit untuk di pelajari.Namun, dengan adanya peralatan-peralatan yang dicipta khas dan cara penggunaan yang betul,kerumitan ini sedikit-sebanyak dapat di atasi.
PENGELUAR DAN PEMBUAT PISAU
Di era ini,terdapat banyak negara-negara yang menjadi mengeluar @ pembuat pisau yang terkemuka.Antara jenama yang menjadi sebutan para-para chef adalah Victorinox dari Switzerland ,Jenama Kiwi dari Thailand dan ZHEN dari Jepun.Bagi saya.Kiwi dan Negara Thailand menjadi kegemaran saya.Ini kerana Thailand banyak mengeluarkan pisau ukiran buah dengan pelbagai rekabentuk yang menarik disamping harga yang agak berpatutan.
ANTARA PERALATAN YANG PENTING DI DALAM SENI PENGUKIRAN BUAHAN & SAYURAN
1-PISAU UKIRAN BUAH @ FRUITCARVING KNIFE
Pisau ukiran buah @ fruitcarving knife adalah alat terpenting di dalam pengukiran buah.Gambar di atas menunjukkan pelbagai rekabentuk telah dihasilkan bagi memudahkan dan memenuhi keselesaan pengguna.Anda boleh memilih jenis-jenis mata pisau yang dirasakan serasi dengan anda.Kebiasaannya,pisau yang di gunakan untuk mengukir buah adalah agak nipis dan melekong di bahagian depan mata pisau.Setiap perbezaan bentuk dan saiz mata pisau mempunyai kelebihan masing-masing.Ianya tergantung kepada teknik dan ukiran yang anda sedang hasilkan.
Cara asas menguna @ memegang pisau ketika mengukir adalah berbeza dengan cara ketika kita menghiris sayur.Teknik pengunaan pisau ketika mengukir adalah seperti memegang pen ketika kita menulis.Antara teknik hirisan pula adalah menikam ke dalam buah dan menarik keluar seperti mengunakan gergaji @ Sawing.Satu lagi cara asas adalah menghiris @ Slicing.
Lihat gambar di atas,Jarak antara jari anda dan hujung mata pisau adalah penentu kedalaman ukiran anda.Anda juga perlu mengunakan teknik kiraan pusingan jam seperti merendahkan pisau anda ke arah kiraan jam 2,3 @ 4 untuk menentukan kelebaran ukiran anda.
2-ALAT PENGUPAS @ PEELER
Paring Knife
Bagi yang telah mahir di dalam Seni ukir ini,Mereka lebih gemar menggunakan Paring knife untuk mengupas kulit.Paring Knife juga di gunakan untuk membelah Sayuran dan buahan bersaiz kecil sesuai dengan saiz nya yang agak kecil dan mata pisaunya yang nipis.
Chef Knife
Chef Knife adalah pisau asas di dalam sesebuah dapur.Saiznya tidak banyak berbeza dengan pisau yang kita gunakan di rumah.Di dalam Teknik ukiran,Chef knife kebiasaannya di gunakan untuk mengupas kulit buah bersaiz besar seperti tembikai.Mata pisau Chef Knife agak tebal dari Paring knife.
Peeler
Peeler @ pengupas kulit adalah peralatan yang biasa kita gunakan di rumah.Terdapat pelbagai rekabentuk dan mata hirisnya.Peeler bukan sahaja hanya untuk mengupas kulit,di dalam teknik pengukiran buah peeler juga digunakan untuk menghiris sayuran seperti lobak merah untuk menghasilkan kepingan yang nipis.Sebagai tip,Sediakan mata hirisan yang mempunyai ruang lebar yang sempit,renggang dan bergigi.Ini kerana,ruang lebar yang boleh digunakan untuk menghiris buah dan sayur bagi memdapatkan kelebaran yang anda inginkan.Mata yang bergigi sememangnya akan menghasilkan hirisan yang unik.
Contoh mata pengupas
3- 'U' and 'V'-SHAPED GARNISHING TOOLS
Peralatan ini adalah salah satu alat yang digunakan bagi memudahkan kerja-kerja pengukiran.
Terdapat rekabentuk yang mempunyai satu mata untuk satu bilah dan seperti gambar di atas,ianya juga boleh di dapati dengan dua mata dalam satu bilah.mata yang pertama berbentuk 'V',manakala satu lagi berbentuk 'U'. Alat ini kebiasaannya di pasarkan dalam jumlah 6-bilah untuk 1set dan saiz yang berbeza.Dengan adanya alat ini,ukiran yang agak rumit dapat di selesaikan.
4- FRUITCARVING UTENSILS
Kerja-kerja pengukiran pasti lebih mudah dengan peralatan ini.Ianya digunakan untuk membentukkan sesuatu ukiran dan juga mengakis-bersihkan ruang yang tidak di ingini.
5-SKOP @ MELON BALLER
Alat ini di gunakan untuk menghasilkan bebola dari buahan terutama tembikai.
Terdapat banyak lagi alat-alat yang boleh di gunakan bagi memudahkan kerja-kerja pengukiran.Terpulang pada kretiviti anda untuk menentukannya.Saya sendiri banyak menjadikan alat-alat lain sebagai jalan untuk memudahkan kerja saya.
Sebahagian peralatan yang saya gunakan
Peralatan yang di gunakan sebenarnya hanya membantu dan memudahkan kerja-kerja pengukiran.Apa yang paling penting adalah KEMAHIRAN DAN KRETIVITI anda sendiri.tanpa kemahiran dan kreativiti,hasil yang bakal anda perolehi tidak akan sempurna walaupun anda mengunakan alatan yang mahal.Jadi,sama-samalah kita terus mendalami dan mempelajari teknik di dalam Seni pengukiran buah ini.Di harap paparan ini sedikit sebanyak membantu anda.Pengkongsian pandangan dan pendapat,sila diruangan komen.