Saturday, January 16, 2016



SENARAI UKIRAN DAN HARGA




1-Pilih Pakej yang kami tawarkan

2-AndaTentukan jumlah dan jenis-jenis buah yg anda ingin.
(Kami sediakan buah dan ukir)

3-Anda Sediakan buah,kami ukirkan utk Anda




SENARAI  KAMI


     RM250.00

1 biji    -      Ukiran Nama

1 biji     -     Ukiran Tembikai Merah

2 biji     -     Ukiran Betik

2 biji     -     Mangkuk labu

1 biji     -     Ukiran bakul

Buah-buhan kecil






 RM480.00

2 biji    -      Ukiran Nama

2 biji     -     Ukiran Tembikai Merah

2 biji      -    Ukiran Tembikai susu

2 biji     -     Ukiran Betik

2 biji     -     Mangkuk labu

2 biji     -     Ukiran bakul

                          Buah-buhan kecil



 RM660

Full round table @ seakan dengannya

KLIK SINI UNTUK PIC UKIRAN

Salam Sejahtera.Kebiasaannya,sebelum deal dgn kami,ramai jugak yg terkejut dgn harga ukiran buah.Soklan ni -tembikai merah baru 2-3ringgit sekilo,xkan siap ukir jadi 50-60ringgit.??
huhu.cmne nk jawab tu?hehehehe

Ok..memang sekila tembikai merah 2-3ringgit.Tak dinafikan.Tapi itu harga sekilo,sebiji tembikai berat leh cecah 8-10kg!! jadi berapa RM sebiji tu?lagi 1, kami xjual buah cik kak....kami jual SENI.nk siap sebiji tu jenguh jugak tu cik kak..
hahahahahahah
Bukan marah,sekadar gurauan.joking-joking..hehehehe

Jangan mare ye...heheheh........Wasalam........



SENARAI HARGA UKIRAN

LABU KUNING RM 30-40.00


BETIK RM 25-35.00


TEMBIKAI SUSU RM 45-50.00


TEMBIKAI MERAH RM 55-65.00


UKIRAN NAMA RM 75.00

BUAH-BUAHAN KECIL RM 30.00

UKIRAN BAKUL RM 55-65.00

Tuesday, January 12, 2016

PAKEJ TERKINI







Salam Sejahtera kami ucapkan kepada sahabat-sahabat semua.Setelah sekian lama kami menutup tirai untuk tempahan hidangan pengantin, kini Kami buka kembali tirai kami dengan pakej2 yang teristimewa dari kami.Terutama buat orang-orang Kemaman dan sekitarnya.Di sini kami sertakan keterangan-lanjut tentang pakej kami kali ini.Bagi yang telah merancang menu sendiri,jangan risau.kami mehargai hasrat anda.....hubungi kami untuk sesi pembincangan.


Pakej feb'16
Rm 500.00


HIDANGAN UNTUK 6pax

Aneka pembuka selera

1 ekor Ayam
2 ekor Ikan Siakap
2 Set Udang Junjung
Buah-buahan
CupCake
Air buah

1set Ukiran buah-buahan

Peralatan hidangan dan perhiasan.

# Pakej tidak termasuk dgn pelayan.


.......................................................................................................................


.................................................................................................................

PAKEJ DIS '14

RM550


Pakej termasuk peralatan untuk majlis makan beradap kecuali meja dan kerusi berserta alas.Pakej juga di sertakan pelayan ketika makan.


PEMBUKA SELERA

Ulam-ulaman,kerabu,3 jenis Sambal dan lain -lain


MENU UTAMA

Ayam percik 
ikan siakap 3 rasa
Udang junjung


PENCUCI MULUT

Aneka Puding Gelas
Buah-buahan tempatan
Air Sirap Selasih
Air buah Pilihan


SET UKIRAN BUAH

1 biji UKIRAN NAMA
1 biji UKIRAN TEMBIKAI
1biji UKIRAN TEMBIKAI SUSU
2 biji UKIRAN BETIK
2 biji UKIRAN MANGKUK LABU
ANEKA BUAH-BUAHAN KECIL 
LAIN-LAIN PERHIASAN





UNTUK TEMPAHAN BOLEH TERUS MENGHUBUNGI KAMI @ TINGGALKAN PESANAN DI WHATSAPP DAN WECHAT KAMI

019- 955 6810 

013-974 1538


ATAU ANDA BOLEH MELAYARI FACEBOOK KAMI 

klik logo untuk ke  facebook kami



ATAU KUNJUNGI WEBSITE KAMI 
klik logo untuk ke website kami







TERIMA KAMI KERANA MEMILIH KAMI



Monday, January 11, 2016

MENU DAN HIDANGAN












Salam Sejahtera,Antara menu-menu hidangan yang biasanya diminta oleh pelanggan kami adalah SIAKAP 3RASA .Istimewanya hidangan ini kerana resipi kuah 3rasanya yang 100% dari idea kami sendiri.Dua resipi menjadi satu.Antara masakan ala-Chineses & Thai,Cetusan Terbaik dari kami utk anda.Di sini kami hidangkan anda dgn menu-menu selainnya dan terkini dari kami.Inshallah kami akan update dari mase kesemasa.

Kami sengaja tidak meletakkan harga utk setiap hidangan/menu disini.Perbincangan terus antara kami & pelanggan  akan lebih memuaskan kedua pihak.Kami hormati pada baget pelanggan kami.....


UNTUK PAKEJ TERKINI SILA KLIK PIC DIBAWAH


.................................................................................

3 Rasa


               ........................................................                      
 Pudding glass


Udang sos buter

Ayam percik

Fruit Platter


...........................................................................................................

Menu yg menjadi kebiasaan sebelum ni.......


Pembuka Selera
Ulaman kampung,Aneka Sambal,Aneka kerabu dll

Menu Utama
Ayam percik Selasih
Siakap 3Rasa
Udang junjung

Pencuci Mulut
Buah-buahan
Puding glas
Kuih-Muih
Aneka Kek
Air buahan segar


Harga????

Sunday, March 15, 2015


Sunday, January 11, 2015

PERALATAN & KEGUNAAN





Seperti yang kita sedia-maklum.Seni pengukiran memerlukan tahap kemahiran dan ketelitian yang tinggi didalam menghasilkan sesuatu ukiran yang bermutu.Kehalusan ukiran sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi.

Seni pengukiran buahan & sayuran juga tidak terkecuali.Mungkin sesetengah induvidu memandang hal ini amat rumit untuk di pelajari.Namun, dengan adanya peralatan-peralatan yang dicipta khas dan cara penggunaan yang betul,kerumitan ini sedikit-sebanyak dapat di atasi.


PENGELUAR DAN PEMBUAT PISAU 


Di era ini,terdapat banyak negara-negara yang menjadi mengeluar @ pembuat pisau yang terkemuka.Antara jenama yang menjadi sebutan para-para chef adalah Victorinox dari Switzerland ,Jenama Kiwi dari Thailand dan ZHEN dari Jepun.Bagi saya.Kiwi dan Negara Thailand menjadi kegemaran saya.Ini kerana Thailand banyak mengeluarkan pisau ukiran buah dengan pelbagai  rekabentuk yang menarik disamping harga yang agak berpatutan.







ANTARA PERALATAN YANG PENTING DI DALAM SENI PENGUKIRAN BUAHAN & SAYURAN




1-PISAU UKIRAN BUAH @ FRUITCARVING KNIFE

Pisau ukiran buah @ fruitcarving knife adalah alat terpenting di dalam pengukiran buah.Gambar di atas menunjukkan pelbagai rekabentuk telah dihasilkan bagi memudahkan dan memenuhi keselesaan pengguna.Anda boleh memilih jenis-jenis mata pisau yang dirasakan serasi dengan anda.Kebiasaannya,pisau yang di gunakan untuk mengukir buah adalah agak nipis dan melekong di bahagian depan mata pisau.Setiap perbezaan bentuk dan saiz mata pisau mempunyai kelebihan masing-masing.Ianya tergantung kepada teknik dan ukiran yang anda sedang hasilkan. 

Cara asas menguna @ memegang pisau ketika mengukir adalah berbeza dengan cara ketika kita menghiris sayur.Teknik pengunaan pisau ketika mengukir adalah seperti memegang pen ketika kita menulis.Antara teknik hirisan pula adalah menikam ke dalam buah dan menarik keluar seperti mengunakan gergaji @ Sawing.Satu lagi cara asas adalah menghiris @ Slicing.



Lihat gambar di atas,Jarak antara jari anda dan hujung mata pisau adalah penentu kedalaman ukiran anda.Anda juga perlu mengunakan teknik kiraan pusingan jam seperti merendahkan pisau anda ke arah kiraan jam 2,3 @ 4 untuk menentukan kelebaran ukiran anda.







2-ALAT PENGUPAS @ PEELER




Paring Knife

Bagi yang telah mahir di dalam Seni ukir ini,Mereka lebih gemar menggunakan Paring knife untuk mengupas kulit.Paring Knife juga di gunakan untuk membelah Sayuran dan buahan bersaiz kecil sesuai dengan saiz nya yang agak kecil dan mata pisaunya yang nipis.




Chef Knife 

Chef Knife adalah pisau asas di dalam sesebuah dapur.Saiznya tidak banyak berbeza dengan pisau yang kita gunakan di rumah.Di dalam Teknik ukiran,Chef knife kebiasaannya di gunakan untuk mengupas kulit buah bersaiz besar seperti tembikai.Mata pisau Chef Knife agak tebal dari Paring knife.



Peeler

Peele@ pengupas kulit adalah peralatan yang biasa kita gunakan di rumah.Terdapat pelbagai rekabentuk dan mata hirisnya.Peeler bukan sahaja hanya untuk mengupas kulit,di dalam teknik pengukiran buah peeler juga digunakan untuk menghiris sayuran seperti lobak merah untuk menghasilkan kepingan yang nipis.Sebagai tip,Sediakan mata hirisan yang mempunyai ruang lebar yang sempit,renggang dan bergigi.Ini kerana,ruang lebar yang boleh digunakan untuk menghiris buah dan sayur bagi memdapatkan kelebaran yang anda inginkan.Mata yang bergigi sememangnya akan menghasilkan hirisan yang unik.






Contoh mata pengupas


3- 'U' and 'V'-SHAPED GARNISHING TOOLS


Peralatan ini adalah salah satu alat yang digunakan bagi memudahkan kerja-kerja pengukiran.


Terdapat rekabentuk yang mempunyai satu mata untuk satu bilah dan seperti gambar di atas,ianya juga boleh di dapati dengan dua mata dalam satu bilah.mata yang pertama berbentuk 'V',manakala satu lagi berbentuk 'U'. Alat ini kebiasaannya di pasarkan dalam jumlah 6-bilah untuk 1set dan saiz yang berbeza.Dengan adanya alat ini,ukiran yang agak rumit dapat di selesaikan.




4- FRUITCARVING UTENSILS


Kerja-kerja pengukiran pasti lebih mudah dengan peralatan ini.Ianya digunakan untuk membentukkan sesuatu ukiran dan juga mengakis-bersihkan ruang yang tidak di ingini.







5-SKOP @ MELON BALLER 






Alat ini di gunakan untuk menghasilkan bebola dari buahan terutama tembikai.




Terdapat banyak lagi alat-alat yang boleh di gunakan bagi memudahkan kerja-kerja pengukiran.Terpulang pada kretiviti anda untuk menentukannya.Saya sendiri banyak menjadikan alat-alat lain sebagai jalan untuk memudahkan kerja saya.





Sebahagian peralatan yang saya gunakan

Peralatan yang di gunakan sebenarnya hanya membantu dan memudahkan kerja-kerja pengukiran.Apa yang paling penting adalah KEMAHIRAN DAN KRETIVITI anda sendiri.tanpa kemahiran dan kreativiti,hasil yang bakal anda perolehi tidak akan sempurna walaupun anda mengunakan alatan yang mahal.Jadi,sama-samalah kita terus mendalami dan mempelajari teknik di dalam Seni pengukiran buah ini.Di harap paparan ini sedikit sebanyak membantu anda.Pengkongsian pandangan dan pendapat,sila diruangan komen.



Asal-usul seni ukiran buahan &sayuran




SEJARAH SENI UKIRAN BUAHAN & SAYURAN


Sejarah mencatatkan 3 negara yang mana mempunyai pengaruh yang tinggi di dalam seni pengukiran buahan dan sayuran iaitu JEPUN.THAILAND dan CHINA.Negara-negara ini sememangnya terkenal dengan teknik-teknik pengukiran buah sehingga ke hari ini.Namun tiada siapa yang dapat membuktikan negara dan siapakah pengasas paling awal di dalam seni pengukiran buah. 

1- JEPUN
Ukiran dari Negara JEPUN

Negara JEPUN telah dirujuk sebagai salah satu pengasas seni pengukiran buahan dan sayuran.Di negara JEPUN sendiri,seni ini dipanggil sebagai 'MUKIMONO' .Menurut sebuah buku bertajuk "Japanese garnishes,The Art Purba Mukimono",panggilan MUKIMONO itu bermula pada zaman purba apabila makanan telah disampaikan kepada unglazed(sejenis pinggan diperbuat dari tanah liat tembikar).pinggan ini akan ditimpakan dengan daun sebelum makanan itu bersalut.

Chef Artistik di negara jepun sedar bahawa pemotongan atau lipatan daun dengan cara yang berbeza menciptakan satu persembahan yang lebih menarik.



2-THAILAND
Teori lain yang popular adalah berasal dari negara THAILAND. Ia bermula semasa perayaan  Loi Kratong  pada abad ke-14. Semasa perayaan Loi Kratong, rakit dihiasi secara individu mengunakan pelbagai objek, termasuklah daun pisang dan bunga.

Ukiran dari Negara THAILAND

Pada tahun 1364, salah seorang daripada Ruangan pegawai-pegawai Raja Phra , Nang Noppamart, mempunyai keinginan untuk mewujudkan hiasan unik untuk rakit beliau. Nang Noppamart kemudian mengukir bunga dari sayur-sayuran yang menggunakan bunga sebenar sebagai inpirasi coraknya. Beliau mengukir burung dan meletakkannya di sebelah bunga yang di ukir. Dengan mengunakan ukiran-ukiran ini, dia mencipta sebuah rakit yang berdiri lain dari yang lain.  Ruangan Raja Phra kagum dengan rahmat dan keindahan ukiran dan mengatakan bahawa setiap wanita perlu belajar seni baru ini.
Pada tahun 1808, Raja Rama II menyukai ukiran sayur-sayuran sehingga beliau menulis puisi mengenainya.Dalam usaha untuk memulihkan faedah, ia diajar dari usia 11 di sekolah rendah melalui sekolah menengah di THAILAND. Kursus pilihan juga ditawarkan di universiti-universiti di seluruh Thailand

3-CHINA
Ukiran dari Negara CHINA
Satu lagi negara yang dipercayai  adalah negara CHINA. menurut kepercayaan,Seni ukiran buah di negara itu telah bermula se-awal zaman Dinasti Tang(618-906 masihi) dan Dinasti Sung(960-1279 masihi).Namun tidak banyak cerita mengenainya.


Walauapapun yang di catatkan di dalam sejarah,Seni Ukiran ini tersebar ke seluruh pelusuk dunia.Dan hari ini,kita amat bertuah kerana terlalu ramai pengukir-pengukir yang mahir dan terkenal telah menunjukkan kehebatan mereka.Di tambah pula dengan kehadiran pembuat pisau dan peralatan yang diperlukan di dalam pengukiran.Sememangnya ianya memudahkan lagi kita untuk menguasai Seni Ukiran ini.
Dengan mengetahui asal-usul seni ukiran ini,di harap akan bertambah semangat untuk kita terus mepelajari seni ini.Pada pendapat saya,tanpa kreativiti yang lahir dari hati kita sendiri,kemahiran yang kita pelajari tidak akan menyerlahkan ke -asli-an pada ukiran kita.



KLIK VIDEO PELANGGAN KAMI




Antara gelagat-gelagat pelanggan dan suasana hari bahagia mereka yang sempat kami rakamkan.Video-video yang kami paparkan di sini hanya untuk berkongsi  kemeriahan dan kebahagiaan bersama.Sekiranya terdapat perkara-perkara yang mengaibkan @ mengundang ketidakpuasati mana-mana pihak terutama pelanggan kami,kami terlebih dahulu memohon maaf di atas keterlanjuran yang sememang tidak di sengajakan.



...........................................................................

MAJLIS PERKAHWINAN YAH & SYAM

Tarikh         :     31 Okt 2014 / Jumaat

Tempat       :      Kg Dadong,Kemaman,Trg.





...........................................................................